Seo Services

8 dikhuatiri maut, kereta terbabas


LOS ANGELES: Lapan sekeluarga dikhuatiri maut selepas kenderaan utiliti sukan yang dinaiki dipercayai terbabas dan terjunam ke dalam gaung di laluan pesisir pantai di Utara California awal minggu ini, kata polis.

Mayat suami isteri, Jennifer Jean Hart, 38 dan Sarah Margaret Hart, 38 ditemui di dalam kenderaan jenis GMC Yukon selepas seorang pemandu lain terlihat sebuah kereta tersadai di bahagian bawah tambak pantai di Mendocino County, utara San Francisco, pada Isnin lalu.

Tiga daripada enam anak mangsa, semuanya remaja ditemui mati di luar kenderaan. Pegawai penguat kuasa undang-undang berkata tiga lagi anak mangsa masih hilang.

Tetapi, Sheriff Mendocino County Tom Allman berkata hari ini, semua enam anak mangsa dipercayai berada di dalam kenderaan berkenaan ketika ia terjunam dari tebing.

"Kami mempunyai petunjuk yang mengatakan bahawa semua enam anak mangsa berada di dalam kereta. Walau bagaimanapun, hanya tiga mayat ditemui," kata Allman.

Beliau tidak mengatakan sama ada tiga kanak-kanak yang hilang itu terselamat. - Reuters
8 dikhuatiri maut, kereta terbabas 8 dikhuatiri maut, kereta terbabas Reviewed by Unknown on March 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.