Seo Services

Jangan Biar Pelajar Tercicir, Guru Perlu Sentiasa Tambah Baik Kaedah Pengajaran


KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi menyarankan kepada tenaga pengajar di sekolah untuk sentiasa menambahbaik kaedah pengajaran yang tidak mengganggu sistem pembelajaran sedia ada.

Beliau berkata, ia secara tidak langsung dapat membantu guru menambah ilmu pengetahuan pelajar dalam bidang pelajaran yang teras.

"Kita mahu semua guru dapat mendidik dan menurunkan ilmu kepada anak-anak dengan terbaik agar tiada pelajar yang tercicir," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMKA Matang 2 di sini, hari ini.


Sejak mula menjadi wakil rakyat, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, agenda utama yang ditekankan adalah memperkasa bidang pendidikan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai.

Menurutnya, ia terbukti dengan penubuhan Badan Muafakat Pendidikan Pantai Damai yang menggabungkan pengetua dan guru besar bersama AJK Biro Pendidikan PBB N.4 Pantai Damai dengan misi memperkasa pendidikan.

"Kawasan DUN N.4 Pantai Damai mempunyai lima sekolah menengah dan 13 sekolah rendah," ujarnya.

Dalam bidang keagamaan pula menurutnya, beliau akan berbincang dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk melihat pendekatan sistem pembelajaran agama yang perlu ditambah baik pada masa akan datang.-Sarawakiana


Jangan Biar Pelajar Tercicir, Guru Perlu Sentiasa Tambah Baik Kaedah Pengajaran Jangan Biar Pelajar Tercicir, Guru Perlu Sentiasa Tambah Baik Kaedah Pengajaran Reviewed by Unknown on March 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.