KUALA LUMPUR: Penyanyi, Aiman Tino terkejut ditampar pelakon senior, Fazlina Ahmad Daud gara-gara sukar menjiwai babak emosi ketika membintangi drama bersiri, Mak Cun.
Aiman, 20, yang membawakan watak Kumin bagaimanapun, tidak melatah atau marah dengan tindakan adik kepada pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud kerana faham, ia dilakukan supaya dia lebih menjiwai karakter.
"Saya tiada masalah berlakon, cuma sukar apabila perlu melakonkan babak marah dan sedih serentak. Saya ada bertanya kepada pengarahnya, Erma Fatima, bagaimana mahu menjiwai babak itu.
"Kebetulan Fazlina yang saya panggil Kak Baby ada bersama dan dia membawa saya ke satu sudut.
Dia meminta saya mengenang semula perkara sedih dalam hidup. Tiba-tiba, dia menampar saya.
"Tindakannya itu membuatkan saya terkejut. Namun, sebaik selesai penggambaran babak itu, dia terus memeluk saya dan memohon maaf.
"Saya faham dan tidak marah kerana dia hanya membantu saya menghayati watak. Sampai patah gitar yang dijadikan prop gara-gara menjiwai watak," seloroh Aiman.
Ditemui pada sidang media larian Mask Run, di sini, semalam, Aiman tidak menyangka, gurauan ibunya, Hazelina Mat Jalil yang mencadangkan kepada Erma supaya mengambilnya berlakon menjadi kenyataan.
Mengakui teringin mencuba bakat sebagai pelakon, Aiman tidak mahu melepaskan peluang yang datang, apatah lagi drama bersiri popular itu sudah memasuki musim keempat.
"Memang sudah lama saya teringin berlakon. Ketika Erma sedang mencari pelakon untuk watak Kumin, ibu bergurau menyebut nama saya.
"Terima kasih kepada kak Erma atas kepercayaan yang diberi. Ingatkan saya hanya berlakon watak kecil, tetapi apabila membaca skrip, banyak pula babak yang perlu dilakonkan.
"Saya bertuah dikelilingi pelakon yang sedia membantu. Untuk pelakon baharu, sukar juga menghafal skrip. Saya kagum dengan kak Baby yang melakukan persiapan rapi sebelum ke lokasi penggambaran," katanya.-BHOnline
Aiman Tino ditampar pelakon senior
Reviewed by Unknown
on
March 28, 2018
Rating:
No comments: