Seo Services

Lawak spontan untuk anak lepas bersenam



KUALA LUMPUR: “Mana satu gambar sesuai untuk ‘bf’ (teman lelaki) anak saya.”

Itu status dimuat naik Ketua Polis Daerah Tenom, Sabah, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, 54, di akaun Facebook (FB) miliknya yang kini tular di laman sosial.

Status Mohd Firdaus serta lima keping gambar dengan ekspresi wajah berbeza selain turut diedit itu kononnya ditujukan khas sebagai peringatan untuk teman lelaki anak perempuannya.

Ada dalam kalangan netizen menganggap aksi Mohd Firdaus sebagai comel dan tidak kurang pula memberikan komen ganas berikutan beliau memegang parang.

Imej itu tular sejak 21 Mac lalu dan menarik perhatian lebih 2,000 netizen yang memberikan pelbagai komen mengikut pendapat masing-masing selain dikongsi 4,400 kali di FB.

Mohd Firdaus berkata, imej itu adalah aksi spontannya dan gambar itu diambil selepas dia selesai bersenam.

Sementara anaknya, Farhaneda Mohd Firdaus Francis, 23, berkata, dia tidak menyangka gambar itu tular di media sosial.

“Ramai orang ingat status itu ditujukan khas kepada teman lelaki saya, namun hakikatnya saya masih solo,” katanya.-hmetro
Lawak spontan untuk anak lepas bersenam Lawak spontan untuk anak lepas bersenam Reviewed by Unknown on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.