gambar hiasan |
KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta kerajaan supaya menimbangkan untuk menyediakan elaun khas buat anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dalam cadangan meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988.
Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, cadangan pindaan itu perlu disokong semua pihak kerana ia membolehkan PBS didaftarkan terus menerusi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sekali gus memudahkan pengurusan dan penyaluran bantuan dan elaun.
"Kini tiba masanya untuk anggota PBS menikmati elaun khas dan faedah lain sebagaimana yang diterima anggota sukarelawan lain seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata anggota RELA menikmati elaun latihan dan bertugas sekurang-kurangnya RM6 sejam selain caj rawatan dan kemudahan wad percuma bagi anggota yang terlibat dalam kemalangan ketika bertugas.
Buat masa ini, PBS didaftarkan bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). - Bernama
Elaun khas dicadang buat pasukan bomba sukarela
Reviewed by Unknown
on
March 08, 2018
Rating:
No comments: