Tulisan asal oleh:
The Star Online, 20 Mac 2018
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam orang pada Selasa (20 Mac) dalam satu operasi besar-besaran berkaitan dengan perjanjian tanah Ijok.
Sumber yang tahun mengenai siasatan itu berkata mereka yang ditahan termasuklah pemilik dua syarikat kroni, dan juga pemilik dan pengurusan firma perundingan pihak ketiga yang dipercayai telah menerima sekurang-kurangnya RM260 juta daripada pembayaran sebanyak RM1.18 bilion yang dibuat untuk plot tanah di Ijok.
Sekurang-kurangnya lima syarikat telah menjadi sasaran operasi ini.
Menurut sumber itu, SPRM masih mencari seorang lagi Datuk, yang dipercayai telah ke negara jiran sebelum serbuan itu dilakukan.
Menurut laporan, tanah di Ijok, Selangor telah diberikan kepada peneroka lebih 20 tahun yang lalu melalui program negeri untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
Dua syarikat – LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd – membangunkan tanah itu untuk peneroka pada tahun 1998, tetapi tidak dapat memenuhi bahagian mereka dalam perjanjian itu iaitu untuk membina sebuah rumah dan membayar RM180,000 untuk setiap peneroka.
Pada tahun 2009, Menteri Besar Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Ibrahim, merampas tanah itu daripada pemaju dan kedua-dua syarikat itu membawa perkara itu ke mahkamah tetapi kalah kes tersebut.
Pemaju-pemaju itu kemudiannya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, pada tahun 2016, Menteri Besar semasa Datuk Seri Azmin Ali memfailkan perjanjian penyelesaian dan memulangkan kembali plot tanah yang dirampas itu kepada pemaju.
Tanah itu kemudiannya dijual kepada syarikat pihak ketiga pada harga RM1.18 bilion.
Seramai 981 peneroka kemudiannya dibayar RM180,000 dan diberikan sebuah rumah bernilai RM400,000 setiap seorang oleh pemaju pihak ketiga itu.
Link asal artikel:
https://www.msn.com/en-my/news/national/six-arrested-over-ijok-land-issue/ar-BBKs9YJ
Enam ditahan berkaitan isu tanah Ijok
Reviewed by Admin
on
March 20, 2018
Rating:

No comments: