INILAH contoh wanita paling bodoh di dunia. Kerana marahkan bekas suami, dia sanggup mencampakkan anaknya yang berusia empat tahun dari hotel setinggi 30 kaki. Kanak-kanak lelaki itu terselamat selepas terjatuh di atas kotak berisi baja sebelum terguling ke tanah.
Kejadian itu berlaku di China. Anaknya itu kini berada dalam keadaan stabil dan wanita bodoh itu yang dikenali sebagai Zhang telah ditangkap.
Menurut Polis Wugang, pihak polis menerima laporan mengenai insiden itu pada pukul 11 pagi,
Zhang, telah bercerai dengan suaminya beberapa hari lalu. Mereka bergaduh menerusi telefon ketika cuba mencari jalan penyelesaian mengenai siapa yang akan menjaga anak mereka.
Mengikut persetujuan yang dicapai, wanita itu akan menjaga anak sulung mereka manakala bekas suaminya pula akan menjaga anak bongsu mereka.
Susulan itu, Zhang mahu meluangkan masa dengan anak bongsunya itu sebelum diserahkan kepada bekas suaminya dan bagi tujuan itu dia membawa kedua-dua anaknya itu di sebuah hotel.
Keesokan harinya, Zhang enggan menyerahkan anak bongsunya itu dan bergaduh dengan bekas suaminya. Dia mengakhiri pergaduhan itu dengan mencampak anak bongsunya dari tingkat tiga hotel berkenaan.
Nasib baik kanak-kanak itu terjatuh atas kotak baja dulu, jika tidak sudah tentu dia meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC
Ibu Campak Anak Dari Tingkat 3 Hotel
Reviewed by uMieySurianie
on
March 01, 2018
Rating:
No comments: