Seo Services

Jangan Terpengaruh Manifesto Pakatan Harapan


KUALA LUMPUR – Pengundi seharusnya tidak terkeliru dengan manifesto Pakatan Harapan yang diketahui tidak akan mampu dilaksanakan jika mereka memegang tampuk kuasa kerajaan pusat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata beliau percaya Pakatan Harapan berani menjanjikan ‘bulan bintang’ dan janji-janji yang tidak munasabah kerana tahu mereka tidak akan menjadi kerajaan.

“Seperti biasa saya percaya manifesto pembangkang akan menjanjikan apa sahaja kepada pengundi, ini kerana mereka tahu, ia takkan dituntut kerana mereka tidak akan menjadi kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke-52 di Ibu Pejabat MARA di sini, pagi ini.

Pakatan Harapan dijangka membentangkan manifesto mereka sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) malam ini.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan pendirian Pakatan Harapan terhadap manifesto mereka juga tidak konsisten malah ada antara program kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dahulunya ditentang tetapi diakui pula baik dan wajar diteruskan.

“Sebagai contoh semalam dalam Dewan Rakyat, Ketua Pembangkang (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) mengakui ia baik untuk rakyat sedangkan dahulu mereka mahu BR1M ini dihapuskan,” katanya.

Ismail Sabri berkata berbeza dengan manifesto kerajaan BN yang pastinya akan dilaksanakan kerana kerajaan sedar, BN akan kekal memerintah dan setiap janji pasti perlu ditunaikan.

Dalam sidang media sama, Ismail Sabri turut mengumumkan kejayaan yang telah dicapai oleh MARA sepanjang 52 tahun penubuhannya.

Katanya sehingga kini, MARA telah berjaya melahirkan 1.2 juta pelajar melalui rangkaian pendidikan MARA dan satu juta usahawan melalui program-program agensi itu.

“..500,000 daripada pelajar ini kita taja dan setakat tahun lalu, sebanyak RM28.7 bilion diperuntukkan untuk menaja pelajar-pelajar di dalam dan luar negara,” katanya.

Sejumlah 480,000 tenaga mahir dalam bidang pekerjaan juga berjaya dilahirkan melalui program-program pendidikan MARA.

MARA yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966, tahun ini juga menyambut ulang tahun ke-50 Institut Kemahiran MARA (IKM) dan 50 tahun penubuhan Yayasan Pelajaran MARA (YPM). – BERNAMA
Jangan Terpengaruh Manifesto Pakatan Harapan Jangan Terpengaruh Manifesto Pakatan Harapan Reviewed by uMieySurianie on March 08, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.