Seo Services

Kemenangan BN Misi Utama - Abdul Rahman


KOTA KINABALU: Kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Sepanggar akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat dan negeri berhubung penentuan calon di seluruh Sabah termasuk Parlimen Sepanggar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata sebarang keputusan yang bakal diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Musa Aman, akan diterima baik semua pihak.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, pertemuannya dengan penyandang kerusi Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris, sebelum ini mencapai persefahaman dari segi misi memastikan kemenangan BN.

"Saya sudah berjumpa Datuk Jumat dan kami buat keputusan apa pun berlaku di Sepanggar, misi kami ialah mengekalkan Parlimen Sepanggar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai serta merampas semula kerusi DUN Inanam.

"Misi ini hanya boleh dibuat dengan satu persetujuan iaitu akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Saya jumpa Datuk Jumat dan dia pun masih kuat dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Pemimpin Masyarakat Sepanggar di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, pendekatan ketika ini menjurus kepada menjalankan tugas masing-masing dan kehadiran beliau di Parlimen Sepanggar adalah atas kapasiti sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Katanya, banyak pelaburan sudah dilakukan di Sepanggar dan beliau perlu memantau perkembangan pelaburan selaras kapasitinya.

"Di sini banyak pelaburan dan kita kena pantau atas kapasiti menteri jaga EPU. Bila calon dinamakan kelak, kita guna platform lain.

"Datuk Jumat adalah pemimpin yang lahir dalam UMNO dan saya percaya dia akan terus bersama UMNO. Kita tunggulah selepas calon diumumkan, kita aturkan program untuk jumpa rakyat bersama-sama," katanya.- BH Online
Kemenangan BN Misi Utama - Abdul Rahman Kemenangan BN Misi Utama - Abdul Rahman Reviewed by uMieySurianie on March 31, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.