Seo Services

Penduduk Gaza Teruskan Bantahan


GAZA: Warga Palestin melakukan persiapan untuk tunjuk perasaan baharu berhampiran sempadan wilayah Gaza hari ini, sehari selepas bantahan besar-besaran menjadi pertempuran yang mengakibatkan 16 orang dibunuh tentera Israel.

Ia adalah jumlah korban tertinggi sejak perang 2014.

Penunjuk perasaan mula kembali ke bandar khemah berhampiran sempadan Israel untuk meneruskan bantahan yang dirancang selama enam minggu di wilayah terkepung itu.

Ribuan menghadiri pengebumian mangsa terbunuh dengan ramai memegang bendera Palestin dan ada juga melaungkan hasrat 'membalas dendam'.

Tunjuk perasaan turut diadakan di Semenanjung Gaza dan wilayah Tebing Barat yang dijajah Israel.

Israel mempertahankan tindakan tenteranya semalam, selepas tentera Zionis melepaskan tembakan ke arah warga Palestin yang keluar jauh daripada perhimpunan tunjuk perasaan di bandar khemah.

Tunjuk perasaan itu disertai puluhan ribu orang dan menghampiri pagar dikawal rapi yang memisahkan Semenanjung Gaza dan Israel.- AGENSI
Penduduk Gaza Teruskan Bantahan Penduduk Gaza Teruskan Bantahan Reviewed by uMieySurianie on March 31, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.