KUCHING: Polis Sarawak menasihati pemilik akaun Facebook Kenedy Morie tampil bagi memberi keterangan berhubung penyebaran satu klip video yang tular melibatkan seorang wanita ditikam dan dipenggal kepalanya oleh lelaki bertopeng dalam media sosial.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dato Dev Kumar berkata, video tersebut disebar dan dihubungkait dengan kes penemuan kepala wanita di tebing Sungai Batang Lupar, Skaiy, Sri Aman baru-baru ini.
Menurutnya, daripada hasil siasatan dan semakan yang telah dijalankan, polis mendapati klip video yang ditularkan itu dari sebuah negara di Amerika Selatan.
Justeru, video klip yang tular dan dikaitkan dengan kes penemuan bahagian kepala seorang wanita di tebing Sungai Skait, Sri Aman adalah tidak benar.
"Satu laporan polis telah dibuat mengenai penyebaran video yang tular itu dan siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Menjelas lanjut, Dev memberi amaran sekeras-kerasnya kepada mana-mana individu supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita palsu sekaligus ia boleh menjejaskan siasatan dan pendakwaan yang dijalankan berkaitan kes tersebut.
Tambah Dev, suspek utama iaitu suami kepada wanita warga China itu akan didakwa di Mahkamah Sri Aman pada pukul 2.30 petang ini -Sarawakiana
'Kenedy Morie', Jumpa Polis Untuk Beri Keterangan
Reviewed by Unknown
on
March 16, 2018
Rating:

No comments: