Seo Services

Kerajaan tidak ganggu tugas SPR - Najib


KUALA LUMPUR 28 Mac – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak mengganggu atau mempengaruhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sentiasa menghormati keputusan yang dibuat oleh SPR untuk kebaikan semua pihak serta demi kepentingan rakyat dan negara.

“Dengan demikian, adalah diharapkan agar syor-syor tersebut dapat membantu wakil-wakil rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada semua pemilih dalam bahagian pilihan raya masing-masing.

“Ini memberi kelebihan kepada wakil-wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing, sekali gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar lagi berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul-usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018. – UTUSAN ONLINE
Kerajaan tidak ganggu tugas SPR - Najib Kerajaan tidak ganggu tugas SPR - Najib Reviewed by Unknown on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.