QIANQIAN ‘Queenie’ Xu hanya sempat melihat dunia selama dua bulan sahaja selepas dilahirkan sebelum dia ditikam oleh datuknya yang menghidap schizophrenic hingga meninggal dunia.
Bayi itu ditikam di perut selepas datuknya mendengar suara bahawa isteri dan anak perempuannya cuba membunuhnya.
Kejadian berlaku ketika Yonghou Cao, 54, melawat keluarga anak perempuannya, Yuanyuan Cao di Brisbane. Yonghou dan isterinya, Huijuan berasal dari China.
Sebelum menikam cucu perempuannya hingga meninggal dunia, dia terlebih dahulu menikam Huijuan dan Yuanyuan. Yonghou akhirnya mengaku dia melakukan sesuatu yang teruk dalam kejadian pada 2016 itu.
Yonghou telah didakwa kerana membunuh namun kes itu digugurkan pada bulan lepas oleh Mahkamah Kesihatan Mental dengan alasan dia tidak waras.
Ia bermula apabila isterinya menampar Yonghou kerana tidak mengambil ubat selama dua bulan. Dia kemudiannya menjadi marah dan menumbuk serta menendang isterinya. Huijuan kemudiannya mengambil pisau untuk mempertahankan diri.
Namun tindakan Huijuan memegang pisau telah dilihat oleh Yonghou bahawa isteri dan anak perempuan mereka cuba membunuhnya lalu dia merampas pisau itu dan menikam isterinya di dada dan bahu.
Dia juga berulang kali menikam Yuanyuan, yang akhirnya berjaya melarikan diri untuk meminta tolong.
Yonghou kemudiannya masuk ke dalam bilik tidur menuju ke arah cucunya yang sedang tidur lalu menikam bayi itu. Dia kemudian menikam dirinya sendiri.
Namun selepas lebih setahun menjalani rawatan psikiatrik, lelaki itu mengaku bahawa ia adalah salahnya dan bayi itu tidak sepatutnya mati.
“Bayi itu tidak bersalah, saya lakukan perkara buruk dan saya enggan bercakap mengenainya,’’ katanya kepada psikiatrik pada Ogos tahun lepas.
Yonghou dibebaskan selepas Mahkamah Kesihatan Mental mendapati ketika serangan, Yonghou tidak boleh mengawal tindakannya sendiri. Selain itu mahkamah juga membenarkan permohonan daripada Yuanyuan supaya Yonghou tidak dibenarkan berhubung dengannya lagi. – Mynewshub.cc
Lelaki Sakit Mental Menyesal Bunuh Cucu Sendiri
Reviewed by uMieySurianie
on
March 09, 2018
Rating:
No comments: