Seo Services

Netanyahu Masuk Hospital


TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah dikejarkan ke hospital, kata media Israel.

Menurut beberapa sumber media tempatan semalam, Netanyahu telah dibawa ke Hospital Haddassah di Baitulmaqdis Timur, selepas mengalami demam panas dan batuk kronik.

"Perdana Menteri deman dan batuk," kata jurucakapnya.

Netanyahu ketika ini dipalit isu rasuah dan berdepan tekanan supaya meletak jawatan.

Pemimpin berusia 68 tahun itu setakat ini sudah beberapa kali disoal siasat membabitkan dakwaan kes rasuah.

Pemimpin Israel itu dituduh menerima hadiah daripada seorang ahli perniagaan Israel dan penerbit Hollywood.

Netanyahu sebelum ini berdepan siasatan polis membabitkan dakwaan cuba memeterai perjanjian rahsia bagi mendapatkan liputan eksklusif dari akhbar harian terkemuka paling laris di Israel, Yediot Aharonot.

Perdana menteri itu secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan mendakwa beliau menjadi sasaran kempen politik pesaingnya. - Press TV
Netanyahu Masuk Hospital Netanyahu Masuk Hospital Reviewed by uMieySurianie on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.