Seo Services

Wanita Kehilangan Bayi Kerana Kecuaian Hospital


NEW DELHI - INDIA. Kecuaian hospital di India sehingga menyebabkan kehilangan nyawa adalah perkara biasa di negara itu.

Terbaharu, seorang wanita kehilangan bayi dalam kandungannya selepas dibiarkan berseorangan tanpa pengawasan selama berjam-jam.

Media tempatan melaporkan, kejadian yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu berlaku di sebuah hospital di daerah Chhatarpur yang terletak di negeri Madhya Pradesh.

Difahamkan, wanita terbabit yang menunggu masa untuk bersalin dibiarkan tanpa pengawasan kerana kesemua kakitangan hospital sibuk menyambut ketibaan pegawai kesihatan yang mahu melakukan pemeriksaan di hospital tersebut.

Lebih menyedihkan, wanita malang itu hanya dibiarkan terbaring di atas lantai hospital.

"Dia menangis kerana menahan kesakitan dan merayu diberi bantuan, namun petugas tidak mempedulikannya kerana mereka mahu menyambut ketibaan seorang pegawai kesihatan," kata seorang saksi.

Insiden memalukan itu sempat dirakam dan ia menjadi tular di media sosial, serentak itu orang ramai mendesak kakitangan hospital terbabit dikenakan tindakan undang-undang.

Sementara itu, pihak hospital tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden itu dan tiada tindakan yang diambil terhadap kakitangannya.

Ini bukan kali pertama kes kecuaian hospital sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berumur empat tahun meninggal dunia selepas diberikan suntikan ubat tahan sakit secara berlebihan dos dalam kejadian yang berlaku di Hospital Jaipur.

Di Kerala, seorang lelaki dibiarkan dalam keadaan terbalik di atas pengusung selepas pemandu ambulans tidak berpuas hati apabila mangsa terkencing dan termuntah di dalam ambulans.

Mangsa akhirnya meninggal dunia beberapa jam kemudian. - Times of India
Wanita Kehilangan Bayi Kerana Kecuaian Hospital Wanita Kehilangan Bayi Kerana Kecuaian Hospital Reviewed by uMieySurianie on March 28, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.