Seo Services

PM hadir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Sydney



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan mengadakan lawatan kerja dua hari ke Sydney, Australia, bermula esok bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata, sidang kemuncak khas itu pertama kali dianjurkan Australia bersama pemimpin ASEAN di negara berkenaan.

"Sidang kemuncak khas ini bertujuan membincangkan hala tuju hubungan dan kerjasama ASEAN-Australia.

"Selain itu, ia diadakan susulan penaiktarafan kerjasama ASEAN-Australia ke peringkat strategik dan kesinambungan Sidang Kemuncak Dwitahunan ASEAN-Australia," katanya.

Wisma Putra berkata, Perdana Menteri dijangka menggunakan kesempatan menghadiri sidang kemuncak itu untuk mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari ASEAN dan Australia, bagi membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menyentuh kepentingan bersama.

"Pada sidang kemuncak khas ini, pemimpin dijangka mengeluarkan dua dokumen penting, iaitu Deklarasi Sydney dan Memorandum Persefahaman antara ASEAN dengan Australia bagi Kerjasama Menangani Keganasan Antarabangsa.

"Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia terdiri daripada tiga sesi, iaitu Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-Australia, Sidang Kemuncak Perniagaan ASEAN-Australia dan Sidang Pencegahan Keganasan ASEAN-Australia," katanya.

Dalam lawatan kerja hingga lusa itu, Perdana Menteri akan diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; dan pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar serta Kementerian Dalam Negeri.-BHOnline
PM hadir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Sydney PM hadir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Sydney Reviewed by Unknown on March 16, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.