Seo Services

6 Atlet Cameroon Hilang Semasa Hadiri Sukan Komanwel Di Australia


SYDNEY -- Enam atlet Cameroon dilaporkan hilang pada Rabu selepas mereka gagal hadir dan mengambil bahagian dalam acara yang mereka sertai dalam Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, lapor agensi berita China Xinhua.

Dijadual mengambil bahagian dalam acara tinju suku akhir bagi kategori 81 kilogram, Ulrich Rodrigue Yombo telah didapati tidak hadir semasa penimbangan berat dilakukan.

Perkara ini berlaku selepas rakan peninju beliau, Ndzie Tchoyi dan Simplice Fotsala turut hilang semalam bersama-sama atlet angkat berat, Olivier Matam.

Dua lagi atlet angkat berat iaitu Aka Angeline Filji dan Mikoumba Petit David dipercayai meninggalkan perkampungan atlet minggu lepas, bagaimanapun, pengurus pasukan Cameroon Victor Agbor Nso tidak dapat memastikan bila perkara itu berlaku.

"Sememangnya sesuatu yang mengecewakan apabila beberapa atlet telah datang ke sini namun mereka tidak mengambil bahagian," kata Ketua Eksekutif Persekutuan Sukan Komanwel, David Grevemberg.

"Sehingga ia menjadi isu sebenar dari segi visa dan sebagainya, kita perlu mengambil serius perkara ini namun ketika ini, ia adalah berkaitan isu keselamatan dan kebajikan atlet terbabit daripada perspektif Pasukan Cameroon.

"Meskipun agak ganjil, namun ia bukanlah sesuatu yang luar biasa bagi atlet untuk tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan visa dan cuba terus kekal di Australia.

Semasa Sukan Komanwel di Melbourne pada 2006, tujuh atlet Afrika dari Sierra Leone hilang.

Mereka kemudian didapati cuba memohon suaka politik dan tinggal di negara itu.- BERNAMA
6 Atlet Cameroon Hilang Semasa Hadiri Sukan Komanwel Di Australia 6 Atlet Cameroon Hilang Semasa Hadiri Sukan Komanwel Di Australia Reviewed by uMieySurianie on April 11, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.