Seo Services

Pelancong Malaysia Terdampar Di Puncak Batu Pantai Phuket Akibat Air Pasang


BANGKOK – Seorang pelancong Malaysia mengalami detik mencemaskan apabila air pasang dan ombak kuat menyebabkannya terkandas beberapa jam di puncak batu di sebuah pantai di Phuket malam tadi.

Menurut Pasukan Penyelamat Kusoldharm Foundation, Lim Yuin Chuang, 35, baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dari Pulau Pinang pada sebelah pagi dan mengambil keputusan untuk berjalan di tepian pantai untuk ke hotelnya di Patong.

"Ketika berjalan di pantai itu, air tiba-tiba pasang tinggi dan ombak kuat menghanyutkan pelancong Malaysia itu ke kawasan berbatu dan menyebabkannya terdampar di situ," kata seorang pegawai pasukan penyelamat itu.

Beliau berkata, oleh kerana lelaki berkenaan bimbang perkara lebih buruk akan berlaku terhadap dirinya, dia menghubungi rakannya, seorang wanita Thailand bagi mendapatkan bantuan.

Kemudian, kata pegawai itu, rakan wanita berkenaan menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi melaporkan kejadian tersebut dan susulan itu, polis tempatan dan pegawai taman negara berganding bahu dengan Kusoldharm Foundation untuk menghantar pasukan penyelamat bagi menyelamatkan lelaki berkenaan dengan menggunakan bot.

Pasukan penyelamat itu, yang turut dianggotai sukarelawan serta bot nelayan, berjaya menemukan Lim, yang kelihatan letih, pada kira-kira 10 malam selepas pelancong itu membakar bajunya sebagai ikhtiar untuk menarik perhatian pasukan berkenaan ke tempat dia terkandas.

Menurut pegawai berkenaan, Lim sering berkunjung ke Phuket.- BERNAMA
Pelancong Malaysia Terdampar Di Puncak Batu Pantai Phuket Akibat Air Pasang Pelancong Malaysia Terdampar Di Puncak Batu Pantai Phuket Akibat Air Pasang Reviewed by uMieySurianie on April 11, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.