Seo Services

62 Korban Arak 'Beracun'


BANDUNG: Polis percaya pengedar besar terbabit menghasilkan arak buatan sendiri yang sudah menyebabkan lebih 60 kematian, sebahagian besarnya di Jawa Barat, termasuk Jakarta, manakala puluhan lagi dirawat di hopsital.

Pasukan keselamatan melakukan serbuan di beberapa bandar raya seluruh negara itu untuk menahan penjual menjual arak murah buatan sendiri itu.

Ketua Polis Jawa Timur, Tony Surya Putra, yang merujuk kejadian puluhan orang mati di Jakarta akibat arak berkenaan minggu lalu, berkata pihaknya percaya ada pengedar besar terbabit dalam kejadian itu.

Menurut polis dan sumber hospital di Jawa Barat, dalam kejadian terbaru, jumlah kematian, termasuk lapan di Papua, bertambah sejak minggu lalu dengan angka korban semalam, mencecah 62 hari ini.

Setakat ini, tujuh ditahan kerana menjual arak haram, termasuk seorang lelaki di Jawa Barat yang mencampurkan ubat nyamuk sebagai ramuan arak buatan sendiri.

“Dia mencampurkan alkohol dengan ginseng, ubat batuk dan ubat nyamuk,” kata ketua polis tempatan, Agung Budi Maryoto, hari ini.

Dalam kejadian di Jakarta minggu lalu, seorang penjual yang ditahan, mengaku mencampurkan alkohol dengan Coca-Cola dan minuman tenaga.

Walaupun majoriti penduduk Indonesia bergama Islam, namun arak boleh didapati dengan mudah tetapi harganya yang mahal kerana cukai tinggi menyebabkan mereka yang berpendapatan rendah memilih arak buatan sendiri yang bahaya. – AFP
62 Korban Arak 'Beracun' 62 Korban Arak 'Beracun' Reviewed by Unknown on April 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.