Seo Services

Mesyuarat Khas SPR Putus Tarikh PRU14 Jadi Tumpuan


PUTRAJAYA – Tumpuan seluruh rakyat Malaysia hari ini sudah pasti terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Mesyuarat khas itu bermula pada pukul 10 pagi ini di ibu pejabat SPR, di sini yang dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Mesyuarat yang dijangka berlangsung kira-kira dua jam itu antaranya turut dihadiri Timbalannya Tan Sri Othman Mahmood, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan lima anggota SPR.

Mesyuarat itu membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian awal dan hari pengundian serta daftar pemilih yang akan digunakan dalam PRU14 dan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut.

Dalam pada itu, pihak media mula berkumpul di ibu pejabat SPR itu sejak pukul 8 pagi lagi bagi membuat persediaan liputan sidang media itu.

Kawalan keselamatan di perkarangan ibu pejabat SPR turut diperketatkan dengan penghadang besi diletakkan di sekeliling bangunan tersebut.

Sepasukan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut kelihatan mengawal bangunan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat lepas mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa Sabtu (7 April) bagi memberi laluan kepada PRU14. – BERNAMA
Mesyuarat Khas SPR Putus Tarikh PRU14 Jadi Tumpuan Mesyuarat Khas SPR Putus Tarikh PRU14 Jadi Tumpuan Reviewed by uMieySurianie on April 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.