Seo Services

Bakar Rumah Mentua Lepas Isteri Minta Cerai


Bengang apabila isteri menuntut cerai, seorang lelaki membakar rumah mentuanya di Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit, Kuala Nerus, semalam.

Suspek berusia 38 tahun dan bekerja sebagai nelayan dikatakan bertindak membakar rumah didiaminya bersama isteri, tiga anak, ibu mentua dan anak saudaranya pada 6 petang.

Pasangan terbabit dikatakan berselisih faham sebelum wanita terbabit meminta cerai daripada suspek di rumah berkenaan pada 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar berkata, isteri suspek berusia 34 tahun yang bimbang keselamatan diri dan keluarga membuat laporan di Balai Polis Batu Rakit.

“Bagaimanapun, wanita terbabit yang berada di balai polis terkejut apabila dimaklumkan rumahnya dibakar suspek.

“Mangsa bergegas pulang ke rumah dan mendapati rumahnya sudah terbakar.

“Suspek yang berada berhampiran tempat kejadian ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Batu Rakit untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau benda letupan.

Kebakaran menyebabkan enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak hilang tempat tinggal membabitkan kerugian RM50,000.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan kerana semua penghuni tidak berada di rumah.-myMetro
Bakar Rumah Mentua Lepas Isteri Minta Cerai Bakar Rumah Mentua Lepas Isteri Minta Cerai Reviewed by Unknown on April 05, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.