Seo Services

Beribu-ribu penduduk Palestin lancar bantahan baharu

(Foto Reuters)
GAZA CITY 6 April - Beribu-ribu penduduk Palestin hari ini bersiap sedia untuk melancarkan bantahan terbaharu di lima lokasi dekat sempadan Gaza.

Penganjur bantahan itu merancang untuk menghalang sekumpulan penduduk Palestin yang cuba mendekati pagar dan membaling batu ke arah anggota tentera Israel.

Setakat ini tentera rejim Yahudi itu telah membunuh 19 penduduk Palestin dengan mangsa terbaharu ditembak di sempadan Gaza semalam manakala seorang lagi meninggal dunia selepas akibat kecederaan parah yang dialami beberapa hari lalu.

Tentera Israel mendakwa pesawat miliknya mengesan sekumpulan militan bersenjata dekat pagar keselamatan sepanjang Semenanjung Gaza. - Reuters/Utusan
Beribu-ribu penduduk Palestin lancar bantahan baharu Beribu-ribu penduduk Palestin lancar bantahan baharu Reviewed by Admin on April 06, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.