Seo Services

Bicara Kes Rasuah Guan Eng, Li Koon Ditangguhkan 21 Hingga 25 Mei


PULAU PINANG: Perbicaraan kes rasuah Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon ditangguhkan sehingga Mei ini bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan kes itu ditangguhkan selepas peguam Gobind Singh Deo memaklumkan bahawa Guan Eng mempunyai tugas rasmi hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud bagaimanapun membantah permohonan penangguhan tersebut kerana tarikh penamaan calon masih belum ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perbicaraan akan didengar pada 21 hingga 25 Mei ini.

Mahkamah turut menetapkan 10 Mei ini bagi pengurusan kes tersebut untuk memastikan isu-isu berkaitan pilihan raya selesai.- Utusan Online
Bicara Kes Rasuah Guan Eng, Li Koon Ditangguhkan 21 Hingga 25 Mei Bicara Kes Rasuah Guan Eng, Li Koon Ditangguhkan 21 Hingga 25 Mei Reviewed by uMieySurianie on April 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.