Seo Services

Crutchlow Juara, Hafizh Syahrin Kesembilan


TERMAS DE RIO HONDO, ARGENTINA: Penunggang Britain, Cal Crutchlow memenangi GP Argentina bersama Honda awal pagi tadi, dalam perlumbaan membabitkan kemalangan dramatik antara juara dunia, Marc Marquez dan Valentino Rossi.

Crutchlow mengambil alih kedudukan depan dua pusingan sebelum tamat dan sedikit mengatasi penunggang Perancis, Johann Zarco untuk kedudukan kedua, manakala penunggang Sepanyol, Alex Rins di kedudukan ketiga.

Ia adalah kemenangan ketiga Grand Prix dan ke-750 Honda dalam kelas perdana itu, membolehkan penunggang British berkenaan merampas kedudukan teratas pelumba daripada Andrea Dovizioso.

Penunggang Itali itu menang perlumbaan pembukaan di GP Qatar bulan lalu, tetapi berkedudukan keenam pada saingan awal pagi tadi.

“Ia sesuatu yang hebat apabila menang, tetapi ia memang dijangkakan. Saya hadir ke perlumbaan hujung mingu ini memikirkan saya boleh menjadi yang pertama atau kedua dengan Marc (Marquez) dan saya boleh menang,” kata Crutchlow.

“Kami mesti berasa gembira, pasukan melakukan tugasan yang hebat dalam dua perlumbaan dan saya rasa kami boleh bertarung mendapatkan kemenangan, tidak kira apa terjadi hujung minggu ini.

“Kini kami akan ke Austin (22 April) dan kami mensasarkan untuk berada di kedudukan lima terbaik dan berada di sana untuk mendapatkan mata yang bagus.”

Jack Miller dari Australia berada di kedudukan keempat selepas meraih petak pertama yang mengejutkan, manakala penunggang Sepanyol, Marquez yang terpantas pada sesi pemanas badan, menamatkan saingan di tangga kelima.

Manakala pelumba Malaysia yang julung kali beraksi di saingan MotoGP, Hafizh Syahrin yang beraksi untuk pasukan Yamaha Tech3 berada di kedudukan kesembilan.

Marquez menamatkan saingan di tangga ke-18 dan Rossi di kedudukan ke-19. - AFP
Crutchlow Juara, Hafizh Syahrin Kesembilan Crutchlow Juara, Hafizh Syahrin Kesembilan Reviewed by Unknown on April 09, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.