Seo Services

Cuti Peristiwa Khas Sekolah 9 Mei Ini


Semua sekolah di seluruh negara diberikan cuti peristiwa khas pada 9 Mei ini sempena pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata, ini berikutan tarikh pengundian berlangsung pada hari persekolahan, iaitu Rabu.

Beliau berkata, 6,941 daripada 10,180 Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan di seluruh negara menjadi pusat pengundian dalam PRU-14.

"Walaupun hanya 6,941 sekolah menjadi pusat pengundian dalam PRU-14, namun kita berikan cuti peristiwa khas kepada semua sekolah harian di bawah Kementeriann Pendidikan, " katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke -57 di Kuala Lumpur, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan hari pengundian bagi PRU-14 ditetapkan pada 9 Mei manakala tarikh penamaan calon pada 28 April ini.-myMetro
Cuti Peristiwa Khas Sekolah 9 Mei Ini Cuti Peristiwa Khas Sekolah 9 Mei Ini Reviewed by Unknown on April 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.