IPOH: Misteri kematian seorang lelaki yang ditemui dengan tiga kesan tembakan di Ladang Sungai Rui, Gerik dua minggu lalu terjawab apabila ia dipercayai berpunca daripada cinta tiga segi sehingga menyebabkan pergaduhan antara suspek dan mangsa.
Kejadian bermotifkan cemburu itu terbongkar selepas polis menahan seorang penjawat awam dan teman wanitanya serta seorang lelaki lain di sekitar Gerik Selasa lalu.
Wanita berusia 38 tahun itu merupakan bekas isteri kepada mangsa dan mereka telah bercerai sejak Disember lalu.
Difahamkan, suspek berusia 41 tahun itu bertindak menembak mangsa menggunakan sepucuk pistol kerana tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang dipercayai mahu merujuk kembali hubungannya dengan wanita tersebut.-Kosmo
Ditembak Angkara Berebut Wanita
Reviewed by Unknown
on
April 17, 2018
Rating:
No comments: