Seo Services

Dubur Tertusuk Pagar Besi


BEIJING: Seorang lelaki berusia 52 tahun parah selepas duburnya tertusuk pagar besi yang cuba dipanjat selepas melintas lebuh raya secara haram di barat daya China.

Video tersebar di Internet menunjukkan lelaki itu ‘mencangkung’ di atas pagar di tepi lebuh raya itu dan tidak mampu bergerak akibat kesakitan.

Lelaki itu yang juga seorang pesara tergelincir ketika memanjat pagar sebelum batang besi menusuk duburnya dalam insiden berlaku di bawah jejambat di Shapingba, CHongqing, lapor People’s Daily Online.

Rakaman video diambil pada 30 Mac lalu menunjukkan seorang pemandu bergegas berhenti menghulurkan bantuan sebelum mereka menghubungi anggota kecemasan.

Malah alat pemadam api turut diletakkan di bawah kakinya dalam usaha untuk mengurangkan kesakitan punggung dialami lelaki terbabit.

Dalam video itu juga, lelaki itu didengar bertanya “Berapa lama lagi saya perlu menunggu?”

Beberapa anggota penyelamat bomba akhirnya melepaskannya sebelum dia dibawa ke hospital.-Daily Mail
Dubur Tertusuk Pagar Besi Dubur Tertusuk Pagar Besi Reviewed by Unknown on April 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.