Seo Services

Istanbul Ceria Dipenuhi Festival Tulip Sepanjang April


Lebih 565,000 batang pokok bunga tulip dengan motif Turki ceria menghiasi kawasan masuk Muzium Hagia Sophia sempena Pesta Tulip Antarabangsa ke-13 di Istanbul, Turki sepanjang April.

Tulip berasal dari tengah Anatolia di bahagian timur Turki pada abad ke-11 sebenarnya mula ditanam secara besar-besaran oleh empayar khalifah Uthmaniyyah yang turut membawa spesies bunga tersebut masuk ke kota Istanbul.

Perkataan tulip itu sendiri sebetulnya berasal dari perkataan Turki iaitu ‘tulbent’ yang merujuk kepada gaya bentuk serban dipakai sultan semasa pemerintahan dinasti Islam berkenaan sebelum tumbang pada awal abad ke-20 lalu.

Tulip dikatakan kemudian dibawa ke rantau Eropah Barat, terutama Belanda yang kini dianggap sebagai pengeluar terbesar bunga berkenaan di dunia; pada dekad 1550-an oleh seorang duta ke empayar Uthmaniyyah ketika itu.

Festival tahunan tersebut mula diperkenalkan pemerintah Turki sejak 2006 yang lazimnya menyaksikan seluruh bandar raya terbesar negara itu penuh tulip berwarna merah, kuning, putih, merah jambu dan ungu selama sebulan.

Dianggarkan terdapat lebih 30 juta batang pokok bunga itu ditanam di Istanbul dan tumpuan pelancong tentunya ramai di Emirgan Park atau taman tulip, dekat Bosphorus di Sariyer, tidak jauh dari jambatan selat Bosphorus.

Untuk edisi kali ini, penganjur menawarkan 125 spesies yang berbeza malah dataran Sultanahmet berubah menjadi seumpama permaidani tulip terbesar di dunia dengan keluasan 1,734 meter persegi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Istanbul Ceria Dipenuhi Festival Tulip Sepanjang April Istanbul Ceria Dipenuhi Festival Tulip Sepanjang April Reviewed by uMieySurianie on April 17, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.