HANYA kerana isterinya enggan melakukan seks, seorang lelaki Britain telah menendang wanita berkenaan berulang kali hingga meninggal dunia.
Lelaki itu, Kevin Smitham, 51, yang berasal dari Nottingham, berada di rumah mertuanya di Ubon Ratchathani di Thailand, sempena perayaan Songkram.
Kevin dikatakan mabuk dan menuduh isterinya, Kanda, 29, mempunyai lelaki lain hanya kerana enggan melakukan seks dengannya.
Menurut polis, Kevin telah menendang serta menyepak Kanda dan dalam keadaan bogel, Kanda melarikan diri keluar dari rumah.
Dia kemudiannya terjatuh di luar rumah, malangnya Kevin hanya menyelimutkan isterinya sebelum masuk tidur.
Kejadian berlaku lewat malam. Pasangan itu mempunyai tiga anak. Mayat Kanda ditemui oleh jirannya dan mereka terus menghubungi polis. Terdapat banyak kesan lebam di muka dan badan Kanda.
Media melaporkan pasangan itu menetap di Pattaya. Kevin mengaku membunuh isterinya namun katanya dia tidak ada niat untuk membunuh Kanda.
Kevin telah ditangkap dan bedah siasat kini sedang dijalankan untuk mencari punca kematian mangsa. – MYNEWSHUB.CC
Isteri Disepak Sampai Mati Kerana Enggan Lakukan Seks
Reviewed by uMieySurianie
on
April 17, 2018
Rating:
No comments: