Kapal peninjau minyak dan gas, Ocean Geos, dilaporkan terbakar selepas bilik enjinnya meletup kira-kira 3 pagi tadi di Perairan Baram, Miri.
Difahamkan, kapal berkenaan membawa 38 anak kapal.
Bagaimanapun setakat ini, belum dapat disahkan keadaan semua anak kapal berkenaan.
PETRONAS dalam kenyataan medianya mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sudah mengaktifkan operasi menyelamat.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) Miri akan mengadakan sidang media di pejabat APMM berhubung kejadian itu pada jam 11.15 pagi ini.-myMetro
Kapal Peninjau Minyak & Gas Terbakar Di Perairan Miri
Reviewed by Unknown
on
April 17, 2018
Rating:
No comments: