Seo Services

Lebih 100 “Pengacau”, 17 Lokasi Panas Dikenal Pasti Di Sarawak

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan seramai lebih 100 individu ‘pengacau’ yang berpotensi menimbulkan kekecohan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah dikenal pasti, selain itu pihak Polis juga telah mengenal pasti sebanyak 17 kawasan panas di negeri ini, lapor Utusan Borneo

Fuzi menegaskan, polis sedang mengawasi individu-individu yang berkenaan sekiranya mereka menimbulkan sebarang masalah semasa pilihan raya.

Katanya, pihaknya juga telah membentuk pasukan Cantas untuk menangani isu jenayah atau samseng yang akan menggangu gugat perjalanan pilihan raya kelak.

Antara 17 kawasan panas adalah termasuk Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, katanya.

"Kami tidak hanya memberi tumpuan kepada kawasan pembangkang pilihan raya atau sebaliknya, tetapi juga mana-mana kawasan yang dianggap panas berdasarkan sejarah lampau kerana kami mahu memastikan pilihan raya diadakan dengan lancar," katanya dipetik sebagai berkata

Sekiranya keperluan itu timbul, beliau berkata Pasukan Gerakan Am (PGA) akan dikerah untuk membantu mengawal keadaan, dan jika keadaan bertambah buruk, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan dikerahkan.

Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat persediaan pilihan raya di Sibu pagi tadi.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan tahap persediaan PDRM menghadapi Pilihan Raya Ke-14," jelasnya. – Sarawakiana
Lebih 100 “Pengacau”, 17 Lokasi Panas Dikenal Pasti Di Sarawak Lebih 100 “Pengacau”, 17 Lokasi Panas Dikenal Pasti Di Sarawak Reviewed by Admin on April 03, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.