Seo Services

Sumbat Kondom Dalam Hidung Jadi Trend


SATU cabaran menerusi media sosial yang dikenali sebagai ‘cabaran kondom’ kini membimbangkan pakar perubatan. Ia menjadi trend terkini, yang diikuti remaja sanggup menyahut cabaran pelik itu.

Cabaran kondom tersebut sebenarnya pernah dilaporkan sejak 2007 malah pada 2013, lebih 100 rakaman video menunjukkan peserta mengambil bahagian.

Trend tersebut kini berulang lagi. Mereka yang menyertainya akan menyumbat kondom ke dalam sebelah lubang hidung kemudian cuba menarik keluar kondom berkenaan menerusi mulut.

Pakar memberi amaran, ia bukan hanya boleh menyebabkan tercekik malah boleh membawa kepada jangkitan .

Menurut profesor di Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, Bruce Lee, walaupun jika kondom itu berjaya ditarik keluar menerusi mulut, menyedut kondom dalam hidung adalah sangat tidak selesa dan menyebabkan kesakitan.

“Bilakah penggunaan kondom dikatakan idea yang teruk? Apabila anda cuba memasukkan ke dalam hidung dan keluarkan menerusi mulut.

“Adakah berbaloi melakukan semua ini semata-mata kerana nak mendapatkan `like’ yang banyak,’’ demikian soal Lee.

Pada 2016, seorang wanita dari Cameroon secara tidak sengaja telah tertelan kondom hinggakan dia terpaksa melakukan pembedahan.

Manakala seorang lagi wanita mengalami pneumonia selepas tertelan kondom, berdasarkan jurnal perubatan India pada 2004. – MYNEWSHUB.CC
Sumbat Kondom Dalam Hidung Jadi Trend Sumbat Kondom Dalam Hidung Jadi Trend Reviewed by Unknown on April 03, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.