Seo Services

Manifesto PRU14 BN terbaik - Persatuan Melanau


Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) adalah yang terbaik kerana memberi banyak manfaat kepada rakyat Sarawak, kata Pengerusi Persatuan Melanau Bahagian Sibu (PMBS) Drahman Jabar.

Beliau berkata ini kerana manifesto itu turut mengambil kira tuntutan-tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963) antaranya berkaitan industri minyak dan gas, elektrik hidro Bakun dan projek Lebuhraya Pan Borneo bagi diuruskan sendiri oleh Sarawak.

"Bagi saya secara peribadi manifesto kali ini adalah yang terbaik dalam sejarah Sarawak kerana memberi manfaat kepada rakyat negeri ini keseluruhannya," katanya kepada Bernama.

Drahman berkata, di bawah manifesto tersebut juga menyaksikan kenaikan kadar bantuan bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan gaji kakitangan awam.

"Oleh itu kita perlu berterima kasih kepada BN dan memberi mandat baharu untuk membolehkan BN melaksanakan agenda sepertimana yang dirancang selepas PRU 14 nanti," katanya. -- BERNAMA
Manifesto PRU14 BN terbaik - Persatuan Melanau Manifesto PRU14 BN terbaik - Persatuan Melanau Reviewed by Admin on April 10, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.