Seo Services

PDRM Siap Siaga Hadapi PRU-14



KUALA LUMPUR – Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah dipersiapkan secara intensif bagi memastikan mereka menjalankan tugas secara efisyen dan profesional sepanjang proses itu berlangsung.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata 70,000 personel PDRM yang terlibat telah mengikuti pelbagai aspek kesiapsiagaan termasuk pengurusan krisis, seminar bilik gerakan PRU, pengurusan media serta latihan fizikal khusus bagi persediaan pasukan Unit Tempur Ringan (LSF) dan Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata menerusi kerjasama Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil serta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), pasukan petugas telah ditubuhkan bagi memantau semua medium media sosial.

Katanya tindakan juga akan diambil oleh PDRM mengikut Akta Hasutan 1948, Akta SKMM 1998, Akta Jenyah Komputer 1997 bagi semua fitnah yang dilemparkan mana-mana pihak dalam tempoh PRU14 selain Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Akta Perhimpunan Aman 2012. – BERNAMA
PDRM Siap Siaga Hadapi PRU-14 PDRM Siap Siaga Hadapi PRU-14 Reviewed by uMieySurianie on April 05, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.