Seo Services

Pemimpin Pemuda parti pembangkang didapati positif syabu


KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Seorang lelaki dipercayai pemimpin barisan pemuda parti pembangkang di Hulu Selangor ditahan di kediamannya di Kampung Tengah Batang Kali dekat sini pada Sabtu lepas, kerana positif dadah jenis syabu.

Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Hulu Selangor Mohd Ghazali Abdul Rahman berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira 2.15 pagi oleh sepasukan anggota AADK selepas menerima maklumat daripada orang awam.

"Suspek kemudian dibawa ke Pejabat AADK Hulu Selangor untuk saringan awal air kencing sebelum disahkan positif dadah jenis methamphetamine (syabu). Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu mengeluarkan perintah reman terhadap suspek selama 14 hari bermula Sabtu lepas sehingga 27 April.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

-- BERNAMA
Pemimpin Pemuda parti pembangkang didapati positif syabu Pemimpin Pemuda parti pembangkang didapati positif syabu Reviewed by Admin on April 18, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.