Seo Services

Penghantar Barang Jadi Wira


BEIJING – Seorang penghantar barang mendapat pujian selepas menggadai nyawa memanjat bangunan pangsapuri di Harbin, wilayah Heilongjiang, untuk menyelamatkan seorang warga emas kurang upaya dalam kediamannya yang sedang terbakar.

Menurut laporan media China, Li Hongchen (gambar), 31, sedang membuat penghantaran barang, Jumaat lalu, apabila terdengar jeritan meminta bantuan di bangunan pangsapuri berhampiran.

Portal berita Qq.com melaporkan, Li bersama beberapa penghuni bangunan bergegas menaiki tangga untuk ke unit yang terbakar itu, namun penghuninya, wanita berusia 84 tahun, mempunyai masalah pendengaran dan terlantar sakit.

Menurut South China Morning Post, kebakaran itu dipercayai bermula di dapur yang terletak berhampiran balkoni.

“Saya tidak berfikir panjang, masa suntuk. Saya berlari ke apartmen di bawah dan meminta izin ke beranda sebelum memanjat naik ke rumah wanita terbabit.

“Malangnya, selepas berjaya naik dan meredah api, baru saya sedar wanita itu amat lemah.

“Saya menawarkan untuk mengendongnya, namun dia tidak dapat berpaut pada saya,” katanya.

Dia kemudian mendukung wanita itu sebelum dibantu jiran yang menunggu di kaki lima di luar rumah.

Li dilaporkan mendapat sagu hati wang tunai daripada majikannya kerana keberaniannya. – Agensi/myMetro Online
Penghantar Barang Jadi Wira Penghantar Barang Jadi Wira Reviewed by uMieySurianie on April 03, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.