Seo Services

Wanita ditahan tawar rumah PR1MA tidak wujud

KUANTAN 3 April - Seorang wanita berusia 31 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Tas Ria di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung kes memperdaya orang ramai berkaitan pemilikan rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang yang tidak wujud.

Suspek yang merupakan seorang peniaga ditahan pada pukul 11 malam oleh sepasukan Unit Risikan dan Operasi dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini selepas seramai 70 mangsa kerugian sebanyak RM84,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, seorang mangsa berusia 41 tahun mengenali suspek pada Jun tahun lalu dengan menawarkan pemilikan rumah PR1MA dengan wang pendahuluan sebanyak RM1,200 tanpa sebarang dokumen.

"Mangsa menyerahkan wang tersebut dan kemudian mencari seramai 70 pembeli lain yang berminat dengan wang keseluruhan sebanyak RM84,000.

"Selepas menyerahkan wang kutipan yang dikatakan wang pendahuluan untuk proses rumah PR1MA, suspek gagal dihubungi oleh mangsa," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


Wanita ditahan tawar rumah PR1MA tidak wujud Wanita ditahan tawar rumah PR1MA tidak wujud Reviewed by Admin on April 03, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.