Seo Services

Perdana Menteri umum gred baharu untuk pendidik

PUTRAJAYA 4 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan untuk mewujudkan Gred 56 untuk skim pegawai pendidikan iaitu sebuah kenaikan pangkat baharu Gred DG56.

Perdana Menteri berkata, kenaikan itu melibatkan guru-guru yang berada dalam Gred 54 selama lima tahun dan telah menunjukkan prestasi cemerlang.

“Tapisan DG56 memberi peluang baik untuk kenaikan pangkat kepada 323 orang dengan melibatkan peruntukan RM7.4 juta bermula 1 Januari 2019” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Yang hadir sama timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan cuti tanpa rekod keagamaan khusus untuk penjawat awam bukan beragama Islam maksimum selama tujuh hari seperti penjawat awam beragama Islam. - UTUSAN ONLINE


Perdana Menteri umum gred baharu untuk pendidik Perdana Menteri umum gred baharu untuk pendidik Reviewed by Admin on April 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.