Seo Services

Perdana Menteri Umum Pemendekan Time-Based Kali Kedua


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memendekkan time-based untuk kali kedua bagi pegawai yang berada dalam kumpulan pelaksana sebagai insetif untuk membuka peluang kerjaya yang baik.

Perdana Menteri berkata, pengenalan terhadap insentif tersebut juga melibatkan pasukan beruniform.

“Kerajaan bersetuju kenaikan pangkat time-based kecemerlangan kali kedua selama 13 tahun baru-baru ini dipendekkan kepada 10 tahun bermula 1 Januari lalu.

“Insentif ini dianggarkan pertambahan impilkasi kewangan sebanyak RM34 juta untuk tahun ini dengan melibatkan sebanyak 13,006 pegawai,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPAXVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Yang hadir sama timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda. - UTUSAN ONLINE




Perdana Menteri Umum Pemendekan Time-Based Kali Kedua Perdana Menteri Umum Pemendekan Time-Based Kali Kedua Reviewed by uMieySurianie on April 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.