Seo Services

PM Najib Faham Isu Yang Dihadapi Penjawat Awam - Penganalisis Politik


KUCHING -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memahami isu-isu yang dihadapi penjawat awam sebab itu beliau mengumumkan khabar gembira kepada 1.6 juta penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 hari ini, kata penganalisis politik dan pensyarah di Universiti Malaya Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Beliau berkata keputusan kerajaan memberikan kenaikan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion ringgit berkuat kuasa 1 Julai, merupakan tanda penghargaan kepada sumbangan penjawat awam terhadap proses menjayakan pembangunan dan agenda transformasi negara ke arah pemodenan sektor awam.

“Pada masa yang sama aspek yang diumumkan ini merupakan penambahbaikan yang ditunggu-tunggu kerana yang diberikan ini adalah usaha untuk menjaga kepentingan kebajikan dan kemudahan seperti pemendekan 'time based' untuk kumpulan pelaksana, pemberian satu tangga gaji hingga kepada aspek kesihatan dan golongan berpencen,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada masa yang sama, menurut beliau pewujudan gred DG56 memberikan impak positif kepada golongan guru yang menjadi penyumbang dan teras pembangunan negara.

Beliau berkata aspek ini wajar diperluaskan kepada ahli akademik universiti kerana ramai lulusan Phd yang sudah lama pemegang gred 53/54, malah ada lebih 15 tahun.- BERNAMA.
PM Najib Faham Isu Yang Dihadapi Penjawat Awam - Penganalisis Politik PM Najib Faham Isu Yang Dihadapi Penjawat Awam - Penganalisis Politik Reviewed by uMieySurianie on April 04, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.