Seo Services

PM Rasmi Majlis Pecah Tanah PR1MA @ Teluk Intan


TELUK INTAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) @ Teluk Intan membabitkan pembinaan 957 unit kediaman di Batu 4, Jalan Changkat Jong di sini.

Projek bernilai keseluruhan RM232 juta itu dijangka memenuhi permintaan khusus bagi penduduk Teluk Intan yang berpendapatan sederhana (M40).

Rumah yang dibina setingkat dan dua tingkat berharga antara RM185,000 dan RM250,000 itu dijadual siap menjelang 2020.

Buat permulaan, projek fasa pertama terdiri daripada 523 unit rumah satu tingkat dengan harga tidak lebih daripada RM200,000 seunit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias ketika berucap berkata projek itu dijalankan di lokasi yang strategik kerana terletak bersebelahan Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI) dan disasarkan siap menjelang akhir tahun ini.

​​​​​​​“Menerusi pembinaan projek ini juga dapat membantu mengubah sosioekonomi penduduk tempatan untuk menjadi lebih maju,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Difahamkan kira-kira 6,000 permohonan diterima bagi rumah PR1MA Teluk Intan.

​​​​​​​Sejurus selepas majlis pelancaran itu, Najib ke Kuala Kangsar untuk menghadiri program bersama rakyat di Dewan Jubli Perak. – BERNAMA

PM Rasmi Majlis Pecah Tanah PR1MA @ Teluk Intan PM Rasmi Majlis Pecah Tanah PR1MA @ Teluk Intan Reviewed by uMieySurianie on April 18, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.