Seo Services

Sekolah Antarabangsa Mahsa Tawar Pendidikan Bertaraf Dunia


SEKOLAH kini berubah menjadi pusat komuniti dan bukan hanya tempat pembelajaran serta peperiksaan akademik.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Sekolah Antarabangsa Mahsa adalah inisiatif baharu Mahsa Group dalam pendidikan di peringkat sekolah dan satu-satunya sekolah swasta menggunakan kurikulum kebangsaan.

“Saya harap pelajar dapat membangunkan kemahiran interpersonal dan komunikasi dalam menyesuaikan diri dengan suasana perpaduan serta melihat diri mereka sebagai ahli keluarga global, bebas daripada prasangka etnik, kelas dan agama.

“Tanpa kreativiti, idea baru dan semangat inovasi maka sumber paling terkini tidak akan digunakan dan dimaksimumkan,” katanya ketika melawat Sekolah Antarabangsa Mahsa sempena Majlis Perasmian sekolah itu di Bandar Saujana Putra, semalam.

Tambahnya lagi, dunia sekarang memerlukan belia yang bakal menjadi pemimpin dalam mencipta peluang untuk diri sendiri dan masyarakat.

Sementara itu Pengetua Sekolah Antarabangsa Mahsa, Peter Davies berkata, jumlah pelajar kini lebih kurang 100 orang dan sasaran mereka untuk tahun hadapan adalah 300 pelajar.

“Kita akan beri pendidikan asas yang luas dan tidak hanya memfokuskan akademik saja tetapi mengajar mereka bersedia supaya keluar nanti mereka berasa yakin dan mampu membantu masyarakat dengan cara betul.

“Kami adalah sekolah baru dengan idea besar dan berhasrat untuk bersaing dengan sekolah terbaik di seluruh dunia dalam menghasilkan pemimpin masa depan dan penyumbang dalam semua bidang sumber manusia,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir turut menerima Anugerah Doktor Falsafah (PhD) dalam Bidang Pendidikan dari Universiti Mahsa dalam majlis konvokesyen di Auditorium Mahsa Univerisiti.

“Tahniah juga kepada Universiti Mahsa yang bermula sebagai sebuah kolej dan kini menjadi universiti dengan kapasiti 6,000 pelajar dan 800 staf akademik dan bukan akademik,” katanya.

Turut hadir, Canselor Universiti Mahsa, Tun Zaki Azmi, Pro-Canselor dan Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Profesor Datuk Dr Mohamed Haniffa Abdullah, Pro-Canselor, Tan Sri Profesor Dr Mohd Ismail Merican dan Timbalan Canselor Datuk Profesor Dr Khairul Anwar Abdullah.-Sinar Harian

Sekolah Antarabangsa Mahsa Tawar Pendidikan Bertaraf Dunia Sekolah Antarabangsa Mahsa Tawar Pendidikan Bertaraf Dunia Reviewed by uMieySurianie on April 05, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.