Penyakit pelik yang dihidapi oleh seorang isteri membuatkan suami dari Madrid, Sepanyol ini setia menemani wanita tersebut walaupun terpaksa tinggal dalam bekas kaca selama 13 tahun.
Manuel tidak pernah berhenti memberi motivasi kepada isterinya, Juana Munoz malah turut menanam sayur-sayuran bagi membolehkan Munoz memakan makanan organik segar supaya sihat seperti sedia kala.
Bagaimanapun, cabaran besar dalam kehidupan mereka apabila tidak dapat menjalani kehidupan rumah tangga seperti suami isteri biasa oleh kerana penyakit yang dialaminya juga menghalang mereka bersentuhan.
Wanita dari Cadiz itu hanya dibenarkan untuk menyentuh dan memegang dua orang anaknya dua kali setahun.
Bekas kaca yang berukuran 25 meter seakan-akan penjara telah menjadi rumah Munoz selama lebih sedekad.
Lapor Sinar Harian, Munoz mengalami empat penyakit luar biasa iaitu fibromyalgia, sindrom keletihan kronik dan tanda-tanda elektrosensitiviti.
Punca penyakit misteri itu bermula apabila mengalami simptom pelik ketika sedang membersihkan kentang yang ditanam menyebabkan mata dan lidahnya membengkak hingga terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi.
“Saya dan suami menanam ubi kentang di belakang rumah kami.
“Begitu pun, selepas menyentuh sebiji kentang, mata dan bibir saya tiba-tiba membengkak sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya.
Kesan tersebut dianggap sebagai keracunan dari tanaman itu dan ia berlarutan hingga kini.
Selain terlalu sensitif dengan bahan kimia, Munoz juga disahkan menghidap kanser payu dara tahun lalu dan terpaksa menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Puerto Real di Cadiz.
Pemeriksaan tersebut memaksa Munoz untuk keluar daripada sangkar kacanya dan itu merupakan satu-satunya peluang untuk dia tidak lagi terkurung.
Begitu pun, kereta yang dinaiki Munoz haruslah bebas daripada bahan kimia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE
Suami Setia, Isteri 13 Tahun Tinggal Dalam Bekas Kaca
Reviewed by Unknown
on
April 17, 2018
Rating:
No comments: