Seo Services

Tiada mahkamah khas bagi kes berita palsu

UALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang mewujudkan satu mahkamah khas bagi membicarakan kes di bawah Akta Anti-berita Tidak Benar 2018, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kes di bawah akta berkenaan setakat ini diputuskan diperuntukkan di bawah Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

“Bagaimanapun, sama ada akan mewujudkan mahkamah khas tertakluk kepada senarai kebanyakan kes yang akan dipantau pihak Bahagian Undang-undang Jabatan Perdana Menteri terhadap kes-kes sedemikian,” katanya pada sesi pertanyaan menteri, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang ingin tahu sama ada kerajaan akan mewujudkan mahkamah khas bagi membicarakan kes di bawah akta berkenaan memandangkan Mahkamah Sesyen mempunyai banyak kes untuk dibicarakan dan sama ada kes di bawah akta ini diberi kelonggaran untuk mendapatkan sijil kesegeraan.

Rang Undang-undang akta berkenaan yang bertujuan antara lain bagi menangani masalah penyebaran berita tidak benar dalam perkembangan teknologi moden diluluskan Dewan Negara Selasa lepas.

Mengulas lanjut, Azalina berkata kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk menggunakan sijil berkenaan jika mereka memerlukan.

“Kita juga tak dapat nafikan jika mana-mana pihak memerlukan memasukkan sijil kesegeraan memang tidak akan dihalang mahkamah,” katanya. - Bernama
Tiada mahkamah khas bagi kes berita palsu Tiada mahkamah khas bagi kes berita palsu Reviewed by Admin on April 05, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.