Seo Services

Kontrak Puspakom tamat, kerajaan dalam proses peroleh pengganti


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan kini dalam proses perolehan penyedia perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor terpakai yang baharu, selepas kontrak konsesi Puspakom tamat, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata proses pemerolehan ini dibuka kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kepakaran dan ingin menawarkan perkhidmatan yang sama.

"Perjanjian antara Puspakom dan kementerian ini telah tamat, sekarang dalam tempoh interim sampai Disember, kementerian sedang menguruskan pemerolehan ini, ertinya ia terbuka, bukan hanya Puspakom," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2018.

Rang Undang-Undang berkenaan yang bertujuan memperkukuhkan lagi perlindungan dengan memperuntukkan keperluan pembayaran fi yang ditetapkan kepada pihak berkuasa relevan bagi pengisytiharaan kenderaan motor terpakai dan memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan fi tersebut, diluluskan Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata pindaan berkenaan akan membolehkan kerajaan mempunyai lebih 'bargaining power' apabila masuk fasa rundingan dengan mana-mana syarikat. - BERNAMA
Kontrak Puspakom tamat, kerajaan dalam proses peroleh pengganti Kontrak Puspakom tamat, kerajaan dalam proses peroleh pengganti Reviewed by Admin on October 17, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.