Seo Services

Polis: Bekas menteri akan disiasat walaupun dakwaan cabul ditarik balik

Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Polis berkata pihaknya akan meneruskan siasatan ke atas seorang ahli politik kanan yang juga bekas menteri yang dituduh mencabul seorang gadis berumur 15 tahun.

Dalam mesej ringkas kepada FMT, Ketua Polis Perlis, Noor Mushar Mohd berkata kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Di bawah Seksyen itu, mana-mana individu yang bertujuan melakukan seks dengan menyentuh mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran kes bagi melindungi pengadu.

Sebelum ini, Noor Mushar berkata laporan yang dibuat remaja itu di balai polis Kangar pada 20 Oktober, ditarik balik dan disebabkan itu polis tidak boleh meneruskan siasatan.

Semalam, aktivis Datuk R Sri Sanjeevan, yang mengendalikan Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch), mempersoalkan pihak polis kerana tidak menahan ahli politik terbabit, yang dikatakan seorang ahli Parlimen.

Sementara itu, peguam Farida Mohamad berkata walaupun pengadu menarik balik laporan yang dibuat tetapi kes tersebut masih boleh diteruskan.

Beliau berkata polis akan mengemukakan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya dan ia akan dibuat pertimbangan sama ada perlu disiasat ataupun tidak.

“Kalau kes pengadu itu tarik balik (laporan dicabul), tetapi jika timbalan pendakwa raya merasakan perlu dituduh dan dibawa ke mahkamah, ia boleh diteruskan.

“Timbalan pendakwa raya akan beritahu polis untuk siasat sebab polis akan kemukakan kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya,” katanya.

Farida juga berkata kes itu akan diteliti timbalan pendakwa raya berikutan kemungkinan pengadu itu dibayar untuk menarik balik laporan tersebut. - FMT
Polis: Bekas menteri akan disiasat walaupun dakwaan cabul ditarik balik Polis: Bekas menteri akan disiasat walaupun dakwaan cabul ditarik balik Reviewed by Admin on October 29, 2018 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.