Seo Services

Dewan Negara Rakam Rasa Sedih Dan Simpati Atas Kehilangan MH370

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Dewan Negara Isnin merakamkan rasa simpati dan sedih terhadap nasib penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata kehilangan itu merupakan suatu tragedi yang amat menyedihkan dan berharap masyarakat terus berdoa supaya pesawat itu segera ditemui.

"Selaku Speaker, saya berharap agar kita terus berdoa semoga Allah mempermudahkan usaha untuk mengesan dan mencari pesawat tersebut," katanya sebelum sesi jawab lisan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Malaysia Ke-13 hari ini.

Penerbangan MH370 menerusi pesawat Boeing 777-200 yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal menjadi tumpuan dunia apabila hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi.

Memasuki hari ke-45 hari ini, nasib pesawat itu yang membawa penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal belum diketahui.

Abu Zahar yang mempengerusikan hari pertama persidangan turut merakamkam ucapan takziah kepada balu dan keluarga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya awal pagi Khamis lepas.

Kemalangan pada 1.10 pagi di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung, Kampar itu turut mengorbankan pembantu peribadi Karpal, Michael Cornelius, 40-an.-- BERNAMA

Dewan Negara Rakam Rasa Sedih Dan Simpati Atas Kehilangan MH370 Dewan Negara Rakam Rasa Sedih Dan Simpati Atas Kehilangan MH370 Reviewed by Admin on April 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.