Seo Services

Senarai 10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Paling Tinggi di Malaysia

Gaji merupakan satu faktor yang terpenting perlu dititikberatkan semasa memohon pekerjaan dengan sesebuah syarikat swasta/kerajaan. Jobstreet.com telah melakukan suatu kajian dan menyenaraikan 10 sektor yang mendapat bayaran gaji tertinggi mengikut peringkat pekerjaan.

Kajian ini memaparkan bahawa kebanyakan pekerjaan dalam senarai 10 teratas cenderung kepada bidang teknikal atau berasaskan sains. Kaji selidik itu mendapati pekerja yang berkhidmat dalam jawatan eksekutif yang mengkhusus dalam bidang perubatan, kejuruteraan, kewangan dan teknologi maklumat (IT) secara amnya memperoleh gaji lebih tinggi, dengan gaji purata RM2,800 sebulan. 

Bagi peringkat pengurusan dan ke atas, pengkhususan seperti IT, Sains, dan Kejuruteraan mendapat bayaran gaji yang lebih tinggi.

Berikut merupakan senarai gaji paling tertinggi sehinngga paling terendah mengikut peringkat pekerjaan :-

Graduan Baru Bekerja ( Fresh Graduates)

1. Farmasi (RM 3 640)

2. Strategi Korporat ( RM 3 200)

3. Jualan- Perkhidmatan Kewangan ( RM 3 054)

4. Doktor (RM 2 719) 

5. Jualan – Kejuruteraan / IT ( RM 2 612 )

6. Geofizik ( RM 2 600)

7. Penerbangan ( RM 2 533)

8. Sains Aktuari (RM 2 475 )

9. Jualan -Korporat ( RM 2 456)

10. IT- Perisian (RM 2 452)

Eksekutif Junior

1. Doktor (RM 3 899)

2. Proses Reka dan Kawalan (RM 3 898 )

3. Strategi Korporat (RM 3 800)

4. Jualan- Perkhidmatan Kewangan (RM 3 729)

5. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 3 606)

6 . Kewangan- Kewangan Korporat (RM 3500)

7. Farmasi (RM 3 470)

8. Penerbangan ( RM 3 475)

9. IT- Perisian ( RM 3 398)

10. Perundangan (RM 3 396)

Eksekutif Senior

1. Geofizik (RM 7514)

2. Doktor (RM 6903)

3. Kejuruteraan – Minyak dan Gas (RM 6353)

4. IT- Perisian (RM 5269)

5. Proses Reka dan Kawalan (RM 5086)

6. Latihan dan Pembangunan (RM 4964)

7. Farmasi (RM 4935)

8. Kejeruteraan – Elektronik (RM 4928)

9. Kejuruteraan – Mekanikal ( RM 4745)

10. Audit / Cukai (RM 4721)

Pengurus (Managers)

 1. Doktor (RM 9530)

2. Kejuruteraan - Minyak dan Gas (RM 9 462)

3. Penerbangan (RM 9 406)

4. Audit / Cukai (RM 9226)

5. Perbankan / Perkhidmatan Kewangan (RM 9100)

6. Geofizik (RM 8 938)

7. Penerbitan / Percetakan ( RM 8 650)

8. Kejuruteraan – Kimia (RM 8 545)

9. Kejuruteraan - Elektronik (RM 8 146)

10. IT-Perisian ( RM 8 112)

Pengurus Senior (Senior Managers)

1. IT -Perkakasan (RM 18 100)

2. Kawalan Kualiti / Jaminan (RM 17 768)

3. Geofizik ( RM 17 768)

4. Hartanah (RM 16 917)

5. Kejuruteraan - Elektrik (RM 16 503)

6. Penerbitan/ Percetakan (RM 16 500)

7. Strategi Korporat ( RM 15 606)

8. Kejuruteraan – Minyak dan Gas ( RM 15 307)

9. Jualan -Korporat ( RM 14 815)

10. Kejuruteraan Awam (RM 14 768)

Info sebegini amat penting bagi kita semua terutamanya kepada para ibu bapa diluar sana dalam menentukan halatuju masa depan anak-anak di peringkat universiti. Pilihan pelajaraan juga amat penting untuk memenentukan masa depan yang baik seiring dengan sektor pekerjaan yang semakin meningkat.

 Apa-apa pun, rancanglah masa depan anda dengan baik.

 Sumber - My Media Hub

Senarai 10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Paling Tinggi di Malaysia Senarai 10 Pekerjaan Menawarkan Gaji Paling Tinggi di Malaysia Reviewed by Admin on April 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.