Seo Services

RM1.5 juta laksana pembangunan di DUN Ngemah, kata Alexander

KANOWIT: Kerajaan negeri meluluskan sejumlah RM1.5 juta untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah bagi tujuan projek pembangunannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah Alexander Vincent berkata peruntukan itu telah diluluskan tahun ini bagi melaksanakan projek insfrastruktur asas luar bandar dan projek insfrastruktur awam.

“Kita mempunyai peruntukan melaksanakan pembangunan di sini.

“Sekarang pembangunan yang dimaksudkan sedang dijalankan di beberapa tempat di sekitar kawasan Ngemah.“Pelaksanaan projek pembangunan kerajaan dilaksanakan secara adil tidak mengira fahaman politik dan perkauman.

“Itulah pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negara ini yang disifatkan sebagai sebuah kerajaan bersikap adil kepada semua rakyat,” katanya ketika merasmikan Jalan Perkampungan Kapitan Lee Poh Sin di Pedai di sini.

Hadir sama Pemanca Spencer Kudang, Pemanca Chia Chua Fa, Penghulu Bernabas Angkis, Penghulu Ijam Tuah, Penghulu Ugap Seribu serta 35 tuai rumah dan kapitan kawasan Pedai, Jih, Tuah, Bawan, Mapai dan Tada.

Selepas merasmikan jalan tersebut, Alexander dan rombongan serta hadirin turut menghadiri majlis kesyukuran disertai jamuan atas pelantikan Penghulu Lee Foh Nun dan Kapitan Lee Poh Sin di kediaman Foh Nun dan Poh Sin di Pedai.

Kapitan Poh Sin dilantik sebagai kapitan kaum Cina di kawasan Bawan.

Sementara itu, Alexander menggesa rakyat di kawasannya  bekerjasama dengan kerajaan supaya projek-projek berkenaan dapat dilaksanakan pada masa akan datang seterusnya dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Sokongan anda terhadap kerajaan BN amat kami perlukan untuk meneruskan agenda pembangunan yang dirancang selama ini.

“Pembangunan berterusan diperlukan untuk kita membangunkan Ngemah agar tidak terus ketinggalan,” tegasnya.

Beliau berkata selain sokongan terhadap kerajaan BN, rakyat juga diperlukan untuk bekerjasama dengan kerajaan demi memajukan kawasan yang telah lama ketinggalan.

“Suara anda juga diperlukan. Mata dan telinga anda amat diperlukan oleh kami bagi memaklumkan kepada saya sebagai wakil rakyat DUN Ngemah untuk mengatasi masalah berkaitan.

“Marilah kita kekalkan hubungan erat ini untuk bersama-sama membantu saya memajukan kawasan Ngemah,” katanya.- utusan borneo

RM1.5 juta laksana pembangunan di DUN Ngemah, kata Alexander RM1.5 juta laksana pembangunan di DUN Ngemah, kata Alexander Reviewed by Admin on April 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.