Seo Services

126 mati akibat virus MERS


RIYADH - ARAB SAUDI. Seramai sembilan lagi meninggal dunia akibat dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers), sekali gus menjadikan angka kematian di Arab Saudi kini mencecah 126 orang.

Memetik laporan Arab News, Kementerian Kesihatan Saudi turut memaklumkan seramai 32 orang disahkan positif Mers dalam kes terbaharu yang dilaporkan di negara itu.

Sementara itu, remaja perempuan berumur 16 tahun di Riyadh dan wanita berusia 54 tahun di Jeddah yang dijangkiti Mers dikatakan telah kembali pulih sepenuhnya.

"Kedua-dua individu itu dibenarkan keluar dari hospital selepas tahap kesihatan mereka kembali stabil," kata jurucakap kementerian terbabit.

Selasa lalu, seorang jururawat warga Filipina yang berumur 45 tahun dilaporkan meninggal dunia di King Fahd Medical City akibat jangkitan Mers.
126 mati akibat virus MERS 126 mati akibat virus MERS Reviewed by Unknown on May 10, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.